video mengenai variasi dialek di Malaysia
Dialek Johor-Riau
Dialek
ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung.
Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard
di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai
‘ě’. Seperti contoh:
Saya -
disebut sayě
Apa –
disebut Apě
Berapa - disebut Berapě
Bagaimanapun
akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan
seperti sebutan asal :
Anda –
disebut anda
Merdeka -
disebut Merdeka
bunyi
akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:
Besar -
disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)
lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)
sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)
Bunyi ‘o’
diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”
Tidur –
disebut Tido
Telur –
disebut Telo
Pengguguran
bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:
Kerja -
disebut Keja (a menjadi sebutan ě)
Pergi -
disebut Pegi
Berjalan
- disebut Bejalan
Bagaimanapun
terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.
Variasi
tersebut dapat dilihat dibawah:
Ejaan
Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka
Besar - Besa Beso Besau
Lebar - Leba Lebo Lebau
Sabar - Saba Sabo Sabau
Langgar - langga Langgo Langgau
Tukar - Tuka Tuko Tukau
Dialek
Negeri Sembilan
Penutur
bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini
disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari
Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)
Dialek
Perak
Terdapat
dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana
dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti
contoh berikut:
Ejaan
Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah
Saya -Sayě
Sayěě Saye
Apa - Apě
Apěě Ape
Berapa - Berapě Berapěě Berape
Nota:
Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala
huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’
Bagaimanapun
terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu
Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)
BM
Malaysia Perak Selatan Perak Tengah
Kamu - Koměě Kome
Kota - Kotěě Kote
Dialek
Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain
berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara
dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung
kata yang dibunyikan secara baku.
Ejaan
Standard Dialek Utara
Saya - Saya
(mengikut sebutan baku)
Dia - Dia
(mengikut sebutan baku)
Mana - Mana
(mengikut sebutan baku)
Huruf ‘r’
di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
Ejaan
Standard Dialek Utara
Bergetar - Bergetaq
Ular - Ulaq
Telur - Teloq
Bunyi ‘i’
di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’
Ejaan
Standard Dialek Utara
Pasir - Pasiaq
Baligh - Baliaq
Pengguguran
huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:
Ejaan
Standard Dialek Utara
Kambing - Kambin
Kuning - Kunin
Anjing - Anjin
Kata-kata
yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):
BM
Standard Dialek Utara
Awak /
Kamu Hang
Mereka
(bunyi ě) Depa (sebutan baku)
Sekejap
Sat
Kenapa
(bunyi ě) Awat
Pergi Pie
Kelapa
(bunyi ě) Nyoq
Terdapat
juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti
dibawah:
Dialek
Utara Dialek Utara (Perlis)
Kasut - Kasuit
Pulut - Puluit
Dialek
Kelantan (kecek kelate)
Dialek
Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari
dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga
mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah
penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi
e dalam kata Beca)
Ejaan
Standard Dialek Kelantan
Kawan - Kawe
Bulan - Bule
Terang - Teghe
Tenang - Tene
Bukan - Buke
Tangan - Tange
Huruf ‘a’
di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’
Ejaan
Standard Dialek Kelantan
Apa - Gapo
Hamba - Ambo
Mana - Mano
Perbezaan
kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard
Ejaan
Standard Dialek Kelantan
Satu
(dua, tiga empat…) Se (dua, tiga empat…)
Saya Kawe
/ ambo
Awak /
Kamu Demo
Bagaimana
Guano
Cakap
Kecek
Duit
Pitih
Gaduh
Gocho
Juara
Jogho
Kelapa
Nyo
Kawan /
sahabat Saing
Dialek
Terengganu
Gaya
percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun
ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan
huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:
Ejaan
Standard Dialek Terengganu
Makan - Makang
Ikan - Ikang
Bukan - Bukang
Badan - Badang
Pun - Pung
Zapin - Zaping
Kemaman
(nama daerah) Kemamang
Jalan - Jalang
Hujan - Hujang
Dalam
dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang
jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Ejaan
Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan
Apa - Apěě
Gapo
Mana - Maněě Mano
Ada - Aděě
Ado
Pengguguran
huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Ejaan
Standard Dialek Terengganu
Jumpa - Jupěě
Sampai - Sapaa
Terdapat
juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:
BM
Standard Dialek Terengganu
Duit - Piti
Selalu - Sokmo
(ada
diantaranya sama dalam dialek Kelantan)
Dialek
Pahang
Gaya
penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza
sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini
kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu
masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)
Dialek
Sarawak
Bahasa
Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan
dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa
Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina.
Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak
BM
Standard Dialek Sarawak
Saya - Kamek
Awak /
kamu Kitak
Dia - Nya
Tidak - Sik
Jangan - Sikboh
Ini - Itok
Sini - Sitok
Itu - Ya
Situ - Siya
Sana - Sinun
Mana - Ne
Dimana - Sine
Cakap - Madah
Orang - Sidak
Cantik - Kacak
Sombong - lawa
Lama - Lamak
Jumpa - Temu
Kucing - Pusak / pusa
Anjing - Asok
Ayam - Manok
Ya - Auk
dan
banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan
dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)
Dialek
Sabah
Bahasa
Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung
berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti
tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini
menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai
bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku
yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata
pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia
masih minium
Biarpun
banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin
ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka
sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang dan Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan