Isnin, 7 September 2015

BANGSA

Bangsa

1.1 Konsep Bangsa

•        Menurut John Stuart Mill,
      “Bangsa merupakan rumpum manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. ”
•        Menurut Kamus Dewan,
     “ Bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. ”
•        Menurut Kamus Pelajar,
      “Bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa ”
•        Dalam konteks negara kita, bangsa Malaysia adalah ‘bangsa idaman’ yang kita hendaki.
•        Secara umumnya, konsep bangsa bermaksud
Ø  Kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifatnya.
Ø  Kelompok manusia yang memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.
•      Konsep 1 Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kita. Ia  merupakan satu gagasan bg memupuk perpaduan berteraskan nilai-nilai penting, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yg lebih tinggi. Ia juga dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan persaudaraan. 
Tiga teras utama konsep 1 Malaysia:
     - sikap penerimaan
     - penghayatan ke atas prinsip2 kenegaraan
     - pembelaan kepada semua golongan yang memerlukan.




1.2 Bangsa Melayu
Melayu ditakrifkan sebagai suku-suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar (UNESCO, 1972)
•      Menurut Perlembagaan Malaysia, Melayu hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu dan beragama Islam.
•      Masyarakat Melayu terdiri daripada keturunan suku kaum
§  Banjar
§  Arab
§  Jawa
§  Minangkabau
§  Mandahiling
§  Kampar
§  Aceh
§  Patani dll. 



1.3 Bangsa Cina
  • Orang Cina yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia.
  • Keturunan pendatang dari China (datang sekitar abad 15 – pertengahan abad 20)
  • Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap kecinaan mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.
  • Namun secara beransur-ansur asimilasi budaya telah berlaku dan perubahan tersebut mula diterima oleh masyarakat.
  • Dalam masyarakat Cina terdapat suku-suku spt;
    • Hakka/Hokkien
    • Hailam
    • Kantonis


1.4 Bangsa India

Orang India berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di TM.
  • Keturunan India telah berhijrah sejak 2000 tahun yang lalu dan kini di Malaysia mereka didapati masih mengamalkan sistem kasta meskipun kebanyakan mereka sudah melupakannya.
  • Penduduk India di TM dan Singapura sebelum ini terdiri daripada orang lelaki yang meniggalkan keluarga mereka di India dan Sri Lanka.
  • Dalam masyarakat India terdapat keturunan
    • Tamil
    • Jaffna
    • Pakistan
    • Sikh
    • Bangladesh
    • Sri Lanka/Singhalese



1.5 Cara Penyerapan Budaya

Cara Penyerapan Budaya

1.5.1   Asimilasi
•      Proses penyerapan budaya.
•      Dilihat melalui cara hidup @ kebudayaan sst msy yang telah diserap oleh kebudayaan dominan.
•      Menurut Mardiana Nordin & Hasnah Hussin:
          - budaya A + B + C = A.
          - wlp berlaku penyerapan budaya, budaya A tetap kekal dan diterima umum.

 1.5.2  Amalgamasi
•      Proses pencantuman dari segi biologi. (Perkahwinan campur)
•      Menghasilkan satu kelompok baru yang membentuk satu budaya baru.
•      Jayum A. Jawan (1997) :
          - A + B + C = D
          - menghasilkan kebudayaan baru yg dpt diterima oleh semua yg terlibat.

1.5.3   Pluralisme
•      Proses mempertahankan kepelbagaian budaya.
•      Berpegang bahawa setiap perbezaan adalah perkara lazim dan tdk dpt dielakkan.
•      Jayum A. Jawan (1997) :
          - A + B + C = A + B + C
          - setiap kelompok masih berpegang kpd kebudayaan masing2
•      Berlaku dalam msy kita pd hari ini.

1.5.4   Akomodasi
•      Setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain.
•      Tetap mempertahankan budaya mereka tetapi hidup dengan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

1.5.5   Akulturasi
•      Manusia dlm kumpulan menerima norma, nilai dan pola2 tingkah laku golongan majoriti.
•      Membolehkan masyarakat meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan