Ahad, 6 September 2015

KEPERCAYAAN PELBAGAI MASYARAKAT KAUM DI MALAYSIA

1) Masyarakat Kaum Melayu


Masyarakat Melayu adalah sebagai suatu kelompok penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu di Malaysia. Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam



Ajaran Islam menekankan dua aspek penting iaitu Akidah dan Syariah. Akidah ialah kepercayaan seluruh jiwa raga terhadap ke Allah manakala syariah merupakan perundangan dan hukum Islam berdasarkan Al Quran.


Al Qur'an diartikan sebagai kalm Allah swt, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw sebagai mukjizat, disampaikan dengan jalan mutawatir dari Allah swt sendiri dengan perantara malaikat jibril dan mambaca al Qur'an dinilai ibadah kepada Allah swt.


Al Qur'an adalah murni wahyu dari Allah swt, bukan dari hawa nafsu perkataan Nabi Muhammad saw. Al Qur'an memuat aturan-aturan kehidupan manusia di dunia. Al Qur'an merupakan petunjuk bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. 

Di dalam al Qur'an terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. Al Qur'an merupakan petunjuk yang dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju jalan yang terang.



Kepercayaan dan agama Islam telah mewujudkan masyarakat Melayu sebagai satu kebudayaan Melayu-Islam pada zaman kini yang saling melengkapi dalam kesatuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara prinsip yang tegas.


Isi-isi al-Quran telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perniagaan, dan  sosial budaya masyarakat Melayu.



Dari segi politik, jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah iaitu raja telah digantikan dengan gelaran sultan. Malahan sultan dianggap sebagai ketua agama Islam.




Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki yang halal.Di samping itu, amalan zakat dan fitrah yang dikumpul secara dermaan telah membantu golongan  miskin.



Dari segi sosial budaya ,unsur keislaman telah mempengaruhi adat istiadat masyarakat Melayu seperti perkahwinan,adat turun tanah,melenggang perut,berkhatan dan sebagainya.


2) Masyarakat  Kaum  Cina                                                                 
Kepercayaan dan agama yang dipegang oleh masyarakat Cina terutamanya ialah agama Buddha dan Taoism 


Agama Buddha  dibawa oleh Gautama Buddha dari India dan tersebar ke Tanah Melayu.

Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana.

Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan.

Logo Agama Buddha yang berbentuk roda  menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.



Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Melalui logo “Tao”, wujud dua prinsip iaitu “Yin” yang mewakili warna hitam dan “Yang” yang mewakili warna putih.

Bulatan kecil yang berwarna hitam dan putih terdapat dalam kawasan warna besar putih dan hitam bermakna kedua-dua "Yin" dan "Yang" dapat bercampur dengan sempurna untuk mewujudkan satu semangat yang harmoni dan seimbang dalam gaya hidup manusia.


 3) Masyarakat Kaum  India


Masyarakat kaum India percaya kepada agama Hinduisme yang memuja banyak Tuhan(Politeisme).
Agama Hindu dianggap agama tertua yang muncul di India kira-kira 3000 tahun dahulu yang muncul pada Zaman Veda(2000SM hingga 1000SM) di India.


Agama Hindu memeluk  Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh yang mempunyai tiga muka iaitu bermakna  mewakili tiga sifatnya iaitu:

  • Brahma: Pencipta
  • Vishnu: Pemelihara
  • Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.

Melalui tiga sifat ini,Brahman dapat mengawal kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain manusia. 





4) Masyarakat Kaum Orang Asli                                        



Animisrne merupakan kepercayaan Orang Asli yang paling dominan.
Kepercayaan ini mengakui bahawa setiap objek di sekitar mereka mempunyai semangat tertentu atau kuasa luar biasa.

Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. 


Kepercayaan Animisrne telah membentuk  organisasi dan struktur sosial yang unik. Antaranya ialah pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran makluman dewa-dewi mereka.


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan